Liga Futsal Santai 2018

Peminat-peminat futsal dijemput bagi menyertai Liga Futsal Santai 2018 anjuran Yb. Nor Saidi  Nanyan yang akan di adakan bermula pada 15 Mac 2018 (Khamis) jam 8.45 bertempat di Gelanggang Futsal Baron. Liga ini menawarkan wang tunai kepada johan sebanyak RM2,000.00 dan tempat ke-2 sebanyak RM1,000.00 manakala pasukan di tempat ke-3 dan ke-4 sebanyak RM 500.00. Bukan itu sahaja hadiah berupa hamper akan ditawarkan kepada 4 pasukan berkenaan.

Penyertaan terbuka kepada pemain yang berusia 16 tahun ke atas yang menetap atau bekerja di Langkawi sekurang-kurangnya 3 bulan. Pasukan yang layak hanya dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM25.00 dan perlu mengemukakan borang rasmi yang telah dilengkapkan di pejabat Pusat Khidmat ADUN Kuah selewat-lewatnya 7 Mac 2018 (Rabu) jam 8.00 malam (sesi cabutan undi). Ketika ditemui Yb. Nor Saidi Nanyan berkata, penganjuran ini memberi peluang kepada anak muda tempatan menunjukkan bakat dan seterusnya menghindarkan dari terjebak kepada masalah sosial lain.

Liga ini akan dilangsungkan di sebelah malam selama 15 hari bermula pada 15 Mac. Kepada pasukan yang berminat jangan lupa untuk dapatkan borang rasmi di Pejabat Pusat Khidmat ADUN Kuah hari ini atau muat turun di sini (FUTSAL SANTAI 2018). Sebarang pertanyaan sila hubungi 04-9699700.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.