NAIB JOHAN PIALA AHLI PARLIMEN 2017 TUMPAS DI TANGAN ROJAM FC

Rojam FC bermula langkah kanan

Perlawanan hebat telah disajikan kepada penonton pada petang ini. Putera FC yang merupakan Naib Johan Liga Bola Sepak Langkawi-Piala Ahli Parlimen Langkawi 2017 yang di barisi pemain tempatan dan diperkuatkan dengan pemain import dari Nigeria, Eugine Philip Abbah (9).

Kerancakkan perlawanan berlarutan sehinggalah minit ke 19 Rojam FC berjaya mendahului dan jaringan penyamaan Putera FC pada minit ke 30. Pesta gol pasukan Rojam Fc diteruskan pada minit ke 55, 57 dan 75.

2 gol dijaringkan oleh Desmond Apaoma Amadi dan satu gol lagi disumbangkan oleh Muhamad Nizam Azha Yusop dan Mohamad Irwan Shah Bakeri. Mohamad Nazrul Mansor muncul penjaring tunggal untuk Putera FC.

Sementara itu Rojam Fc telah menurunkan 2 orang pemain import dari Nigeria yang terdiri dari Desmond Apaoma Amadi (10) dan Ovie Precious Idisi (4) dan beberapa pemain tempatan seperti Aziewan Ramli (5), Muhammad Azaree Azizan (3) berjaya mengekang Putera FC dan memenagi perlawanan dengan keputusan penuh 4-1.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.