Padang Dua FC Dibenam HK FC

Permulaan kurang memberangsangkan oleh Padang Dua FC

Pasukan HK FC memulakan kempen piala parlimen 2018 dengan penuh bergaya dengan menewaskan pasukan Padang Dua FC dengan jaringan 10-1.

HK FC dengan slogan pasukannya “LINTAS PUTUS” mendahului 5-0 pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua pasukan Padang Dua FC diberikan gol saguhati selepas jaringan ke-9 HK FC sebelum melengkapkan jaringan ke-10 pada minit akhir perlawanan.

Perlawanan sedikit tegang pada perlawanan ini tetapi pengadil dapat mengawal perlawanan. 3 mata yang berharga kepada pasukan HK FC.

Abdul Amar bin Halim muncul wira dengan 4 jaringan dan diikuti Nick Fadzrieq Muhammad bin Abdullah dengan 2 jaringan. Mohamad Syukri bin Daud, Sharafie Naim bin Abd Razak, Fairus bin Zulkefli dan Noor Asrey bin Nusri masing-masing menghasilkan 1 gol untuk HK FC.

Manakala gol Padang Dua FC dihasilkan oleh Norhairudin bin Osman

Setakat 09 Februari 2018, Abdul Amar mendahului carta penjaring terbanyak dan juga merupakan penjaring hatrik pertama untuk edisi Piala Ahli Parlimen kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.