Maksimumkan Penggunaan Teknologi

Mengolah kaedah lama kepada kaedah berteknologi

Kerjasama kali pertama antara LADA dan Ahli Parlimen Langkawi pada tahun 2017 telah membawa perubahan dengan penggunaan sistem pendaftaran online. Melalui sistem ini pengurus pasukan dibekalkan dengan ID bagi membolehkan semua pemain didaftarkan dan semua urusan pemindahan akan menggunakan sistem ini. Sistem telah dibangunkan sepenuhnya oleh Bahagian ICT LADA yang diketuai oleh Puan Rozaini (Pengurus ICT) dan pembangunan sistem ini pula di ketuai oleh En. Hadrulladtfi (Programmer LADA).

Bagi tahun ini, Bahagian ICT LADA memberi komitmen penuh dengan membangunkan sebuah laman web berasaskan sukan bolasepak yang yang akan digabungkan dengan sistem pendaftaran online sediada. Pembangunan laman web ini telah di ketuai oleh Pegawai ICT LADA En. Mohd Tarmizi Mohd Tajuddin. Laman web ini mempunyai ciri fleksibel dan sesuai dengan semua jenis gajet bagi memudahkan penguna mendapatkan info berkaitan Liga Bolasepak Langkawi. Laman ini boleh dicapai melalui https://www.liga-langkawi.com

Selain itu juga Bahagian ICT LADA merupakan pasukan di belakang tabir yang memastikan semua berjalan lancar dari sistem pendaftaran online, laman web dan juga penyediaan kelengkapan ICT termasuk penyediaan montaj dan video pada malam perasmian. Menurut Penyelaras Teknikal teknologi yang dibangunkan ini memudahkan semua proses sepanjang berlangsungnya LBL pada tahun ini. Bagi memastikan pengguna mendapat maklumat yang cepat dan tepat, sistem ini akan dioptimumkan penggunaanya selaras dengan fungsi-fungsi yang dibangunkan dan tersedia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.