Kehangatan Liga Ahli Parlimen 2018 bermula

28 pasukan akan bertanding dalam Piala Ahli Parlimen kali ini

Liga Bola Sepak Langkawi-Piala Ahli Parlimen 2018 telah dirasmikan semalam oleh YB Dato Ir Hj. Nawawi Ahmad Ahli Parlimen Langkawi. Dengan ini bermulalah cabaran dikalangan 28 pasukan sekitar Langkawi yang telah mengesahkan penyertaan pada tahun ini.

Penganjuran kali adalah koleberasi strategik antara Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Ahli Parlimen Langkawi dan penampilan baru penganjur besama Panorama Langkawi Sdn Bhd serta Kelab Sukan & Kebajikan LADA. Menurut beliau usahasama kali ke 2 ini adalah adalah sangat baik kearah meningkatkan hubungan di kalangan komuniti Langkawi terutamanya anak muda yang merupakan tonggak masa hadapan negara.

Sebelum itu dalam ucapan aluan oleh Dato Hj. Azizan Nordin (Ketua Pegawai Eksekutif LADA) beliau membayangkan beberapa pembaharuan dan penambahbaikan akan dilakukan bagi memastikan hasrat kerajaan bagi memperkasakan komuniti dapat dicapai selaras dengan matlamat penubuhan LADA di Langkawi. Menurut beliau satu perlawanan antara artis akan diadakan bersama pilihan Langkawi yang akan dikenali Langkawi United pada Mei akan datang.

Pengajuran tahun ini akan melibatkan lebih 700 pemain dan pegawai pasukan yang akan merebut hadiah keseluruhan lebih RM30,000.00. Perlawanan peringkat kumpulan dijangka akan bermula pada 8 Februari 2018 (Khamis) akan datang dimana perlawanan pembukaan adalah pertemuan johan tahun lalu HL FC bertemu pasukan Temoyong FC jam 4.45 petang bertempat di Stadium Kom. Sukan, Langkawi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.